Thursday 10 October 2013

Doa Agar Diberi Kesabaran




"Hai orang-orang yang beriman... jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar." [Al-Baqarah : 153]

Sahabat semua tahu tak betapa tingginya darjat orang-orang yang sabar? Sahabat tahu tak apa kelebihannya orang yang bersabar..? Banyak sangat kebaikannya jika kita semua menjadi orang yang bersabar dalam apa jua hal.. 

InsyaAllah semoga kita semua juga tergolong dalam kalangan orang yang bersabar dan mendapat segala fadhilatnya.. InsyaAllah.. Amin...

Jom sama-sama kita berdoa kepada Allah agar kita juga diberikan kesabaran dalam kehidupan kita... :)






Maksudnya : Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, kukuhkanlah langkah kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir. 


Doa Agar Dijauhkan Dari Malapetaka



Sekarang ni dah banyak sangat malapetaka dan bencana alam yang terjadi di muka bumi ni kan, sahabat? Alhamdulillah.. negara kita berada di garisan Khatulistiwa dan kurang sedikit berlaku bencana berbanding negara lain.. Alhamdulillah..

Tapi kan sahabat, itu tidak bermakna kita tidak perlu memohon perlindungan dari Allah agar dijauhkan dari segala malapetaka seperti bala, bencana alam dan sebagainya..

Kadang-kadang kan, masa kita tengah leka dan tidak memohon perlindungan dari Allah tu lah, kita akan didatangkan dengan segala macam malapetaka.. Nau'zubillah..

Jadi, kita semua perlulah meminta perlindungan dari Allah selalu sama ada semasa senang ataupun susah... semoga kita semua dijauhkan dari segala malapetaka.. InsyaAllah.. :)






Maksudnya : Ya Tuhan kami, lenyapkanlah azab itu dari kami. Sungguh, kami akan beriman. 


Doa Selepas Solat Dhuha


Sahabat semua tahu tak apa fadhilatnya menunaikan solat sunat Dhuha ni? Banyaaak sangat kan? Takpe, mungkin lain kali kita boleh bincangkan tentang fadhilatnya, tapi kali ni... kita belajar dulu tentang doa yang afdhal dibacakan selepas solat sunat Dhuha..

Kepada sahabat semua yang dah tahu tu, Alhamdulillah... Kepada yang belum tahu ataupun belum ingat lagi doa ni, jom sama-sama kita ingat dan amalkan.. 

Mudah-mudahan kita mendapat fadhilatnya.. InsyaAllah.. Amin... :)






Maksudnya : Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu dhuha-Mu, keagungan adalah keagungan-Mu, kebaikan adalah kebaikan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu. Ya Allah, apabila rezeki kami di atas langit, turunkanlah, bila dalam bumi, keluarkanlah, bila sukar, mudahkanlah, bila haram, sucikanlah, bila jauh, dekatkanlah, dengan hak waktu dhuha, keagungan, kebaikan, kekuatan dan kekuasaan-Mu. Berilah kepada kami apa-apa yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh..


Doa Ketika Melihat Wajah Di Cermin



Assalamualaikum, sahabat-sahabatku yang comel belaka... ^_^ Alhamdulillah.. kita dikurniakan oleh Allah, wajah yang sungguh sempurna tanpa cacat cela.. InsyaAllah.. Percayalah, walaupun ada antara kita yang mempunyai mata sepet, hidung tak mancung, ada pula yang berjerawat dan bermacam-macam lagi, tidak semestinya kita tidak cantik..

Sebab, saya masih teringat dengan kata-kata seorang dari sahabat kita:

"Percayalah, walaupun jongang, pasti akan ada yang tertarik dengan jongang awak tu."

Eh, tapi kata-kata tu bukan untuk saya tau.. hee... hanya sekadar nak ceritakan pada sahabat semua yang kita semua adalah cantik dan bersyukurlah dengan apa yang Dia kurniakan kepada kita.. Apa pun, kecantikan "dalaman" lebih utama.. betul tak sahabat?

Semoga doa di bawah ini diamalkan dan perilaku kita juga akan sama cantik dengan wajah kita, InsyaAllah :)






Maksudnya : Segala puji bagi Allah, Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperindah tubuhku maka perindahlah pula akhlakku.



Doa Untuk Ibu Bapa



Sahabat semua sayangkan ibu dan ayah tak? hee.. mestilah sayang kan... Sahabat semua kan anak yang soleh dan solehah.. InsyaAllah... Amin...

Sahabat semua tahu tak 3 perkara yang akan dibawa ke liang lahad? Tahu tak yang salah satunya adalah doa anak yang soleh? Doa dari seorang anak kepada ibu dan ayah adalah sangat mulia sama ada mereka masih hidup ataupun telah meninggal dunia...

Jadi, untuk doa di bawah ni, bukanlah untuk dibaca semasa mereka masih hidup, tetapi juga apabila mereka telah meninggal dunia. Ingat tak tadi, antara perkara yang akan dibawa oleh ibu dan ayah sahabat semasa mati? Jadi, tunggu apa lagi... Jom baca doa ni selalu :)




Maksudnya : Ya Tuhanku, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, dan sayangilah kedua orang tuaku sebagaimana mereka telah memelihara / mendidikku sewaktu aku kecil.


Doa Agar Menjadi Orang Yang Mendirikan Solat



Sahabat semua menjaga solat dengan baik kan? Alhamdulillah... Sahabat, walaupun sahabat semua adalah seorang yang sentiasa mendirikan solat 5 kali sehari semalam, tapi tidak semestinya sahabat tidak boleh membaca doa ini. Doa ini bukan sahaja untuk diri sahabat sendiri malah boleh juga untuk keturunan sahabat nanti.. InsyaAllah.. Jom sama-sama kita baca doa ni..


Semoga kita semua menjadi hamba-hambaNya yang mendirikan solat :)




Maksudnya : “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan salat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”


Wednesday 9 October 2013

Doa Melindungi Bayi dalam Kandungan




Kepada sahabat yang telah bergelar ibu-ibu yang kini sedang mengandung, ada satu doa yang baik diamalkan yang diambil dari Surah Al-Anbiya ayat 91-93. Bacalah selalu sehingga sahabat selamat bersalin nanti.

Semoga bayi sahabat dijauhkan dari perkara yang tidak diingini, dikurniakan anak yang soleh dan taat akan perintah Allah SWT. Amin...









Maksudnya :
Ayat 91 : Dan (sebutkanlah peristiwa) perempuan yang telah menjaga kehormatan dan kesuciannya; lalu Kami tiupkan padanya dari Roh (ciptaan) Kami, dan Kami jadikan dia dan anaknya sebagai satu tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi umat manusia.

Ayat 92  :  Sesungguhnya ugama Islam inilah ugama kamu, ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah kamu akan Daku.

Ayat 93  : (Kebanyakan manusia masih berselisihan) dan berpecah-belah dalam urusan ugama mereka; (ingatlah) mereka semuanya akan kembali kepada kami (untuk menerima balasan).